Saturday, December 3, 2016

TEKNIK MENJAWAB BAHASA MELAYU KERTAS 1 (BAHAGIAN A)

Pendahuluan terdiri daripada:

1)Tema
2)Kumpulan/Golongan sasaran
3)Bahasa Indah/ Ungkapan Menarik
4)Tugasan  

Contoh ayat:

Sejak akhir-akhir ini, isu membaca kian menjadi polemik dalam kalangan mujtamak seantero Malaysia.(Tema)Sehubungan dengan itu, ibu bapa perlulah memainkan peranan yang penting dalam mendidik anak-anak untuk membaca bermula daripada peringkat rendah lagi.(Kumpulan sasaran) Bak kata peribahasa, melentur buluh biarlah dari rebungnya.(Bahasa Indah/Ungkapan Menarik) Persoalannya, apakah peranan yang perlu dimainkan oleh ibu bapa dalam mendidik anak anak untuk membaca? (Tugasan)

Isi terdiri daripada:

1)Ayat Topik
2)Ayat Huraian
3)Ayat Contoh
4)Bahasa Indah/Ungkapan Menarik
5)Ayat Penegas

Contoh ayat:

Pada pendapat saya, aktiviti membaca dapat mengisi masa lapang kita (Ayat Topik). Hal ini dikatakan demikian kerana kita dapat memanfaatkan masa lapang dengan membaca yang mana boleh mengelakkan masa lapang kita terbuang begitu sahaja (Ayat Huraian). Membaca juga boleh menghindarkan kita daripada melakukan perkara-perkara onar seperti melepak, merokok, menghabiskan masa di pusat kafe siber dan bersembang perkara yang sia-sia (Ayat Contoh) seperti membuang garam ke laut (Ungkapan Menarik). Sudah terang lagi bersuluh, amalan membaca dapat memanfaatkan masa lapang kita.(Ayat Penegas)
Penutup terdiri daripada:

1) Ayat Pandangan
2) Ayat Cadangan
3) Bahasa Indah
4) Ayat Harapan

Contoh Ayat "

Sebagai pengitlakan, murid-murid sepatutnya menyertai aktiviti kokurikulum bagi memperoleh faedahnya (Ayat Pandangan). Murid-murid dapat mengelakkan diri daripada terpengaruh oleh rakan-rakan yang berfikiran sempit dengan mengambil langkah yang proaktif seperti bijak memilih rakan sebaya (Ayat Cadangan). Pepatah Arab ada menyatakan, jika kita berkawan dengan saudagar minyak wangi, kita akan dapat bau wanginya, jika kita berkawan dengan tukang besi, kita akan terasa bahangnya (Bahasa Indah). Sehubungan dengan itu, pihak sekolah perlu mengambil prakarsa yang pragmatik dengan mewajibkan semua murid menyertai aktiviti kokurikulum (Ayat Harapan).

No comments:

Post a Comment