Wednesday, December 7, 2016

BAB 1 : KEMUNCULAN TAMADUN AWAL MANUSIA (KONSEP TAMADUN)

Konsep "Tamadun" mempunyai pengertian yang sangat meluas kerana masyarakat yang berbeza memberi pengertian tamadun yang berbeza.

Maksud tamadun mengikut pandangan masyarakat:
Perkara
Keterangan
Bahasa Arab
• Dalam bahasa Arab tamdun dikatakan berasal daripada perkataan mudun dan madain
•Dikaitkan dengan perkataan Arab iaitu madana yang membawa maksud 'tinggi budi bahasa' atau ' pembukaan bandar'
Bahasa Inggeris
•Tamadun dipanggil civilization
•Civilization berasal daripada bahasa Greek yang membawa maksud 'bandar'
Pandangan Islam
•Meliputi perkembangan lahiriah dan rohaniah yang merupakan dua unsur penting untuk mengukur tahap ketamadunan sesebuah masyarakat
•Menurut Syed Naquib Al-Attas, tamadun merupakan pencapaian tahap tatatusila yang tinggi dan kebudayaan yang luhur oleh sesebuah masyarakat dan pandangannya disokong oleh seorang sarjana Barat iaitu Richard Sullivan bahawa unsur rohaniah sangat penting dalam konsep tamadun
Pandangan orang Barat
•Mengaitkan tamadun dengan pembangunan lahiriah, terutamanya dalam hal kebudayaan, tamsilnya penulisan, kesenian, undang-undang dan pembandaran
•Gordon Childe, seorang sarjana Barat, menjelaskan bahawa pencapaian lahiriah menjadi penentu kemajuan tamadun sesebuah masyarakat dan Darcy Riberio dan R.A. Bunchanan menekankan kepentingan dan pembangunan lahiriah dalam proses perkembangan tamadun

Ciri Ciri Tamadun
Ciri Ciri
 Keterangan
Sistem Pemerintahan
•Dibentuk dengan tujuan untuk mentadbir sebuah masyarakat yang lebih besar dan kompleks
•Sistem perundangan diwujudkan dan dijadikan panduan oleh masyarakat demi mencapai keamanan dan kemakmuran sesebuah tamadun
•Raja atau pemimpin menganggap dirinya sebagai wakil tuhan
Petempatan Kekal
•Hidup secara tetap di sesuatu kawasan dan kehidupan mereka bercorak lebih sistematik
•Kawasan lembah sungai telah dipilih sebagai suatu petempatan kekal di atas beberapa faktor iaitu:
i)Mudah mendapatkan bekalan air
ii) Sebagai sistem pengangkutan
iii)Kawasan tanah yang subur untuk pertanian
•Hasil perkembangan dan usaha mereka telah membawa banyak kemajuan dalam bidang pertanian, penternakan. Pelbagai Alat baru dicipta seperti cangkul dan alat pertanian yang lain. Manusia juga membina sistem pengairan yang baik melalui perkembangan teknologi dan perkembangan yang berlaku membawa peningkatan dalam pengeluaran
Kehidupan Berorganisasi
•Kehidupan berorganisasi merangkumi aspek politik, ekonomi dan sosial yang mampu menyusun cara hidup manusia ke arah kestabilan dan kemakmuran hidup
•Kepelbagaian dalam kegiatan ekonomi telah membawa kepada proses pembahagian masyarakat yang lebih kompleks
•Sistem sosial berbentuk piramid dan bersusun lapis
•Raja menduduki lapisan paling atas diikuti oleh pembesar yang menduduki lapisan kedua
•Rakyat jelata menduduki lapisan yang ketiga dan golongan hamba menduduki lapisan paling rendah
Agama Dan Kepercayaan
•Salah catu ciri utama kemunculan tamadun
•Percaya kepada benda di sekeliling mereka seperti matahari, pokok , langit yang mempunya semangat yang harus disembah untuk mencapai keamanan dan kemakmuran hidup
•Mempercayai bahawa wujudnya kuasa ghaib yang menguasai alam sekeliling merupakan kepercayaan yang digelar animisme
•Mereka mengamalkan politeisme iaitu menyembah banyak tuhan
Pengkhususan Pekerjaan
•Membawa kepada kestabilan politik dan perkembangan ekonomi
•Membawa kepada titik permulaan aktiviti perdagangan yang membawa kepada pertembungan ilmu pengetahuan, teknologi dan budaya antara satu masyarakat dengan masyarakat yang lain
Bahasa Dan Tulisan
•Memainkan peranan yang amat penting dalam proses pembentukan tamadun
•Bahasa yang tertua di dunia ialah Bahasa Yunani dan Sanskrit
•Tulisan hieroglif, cuneiform dan ideorgram merupakan tulisan yang terawal di dunia
•Bahasa dan tulisan telah membawa banyak kepentingan iaitu:
i)Sebagai medium perhubungan antara masyarakat
ii)Untuk menyampaikan dan menyebarkan ilmu pengetahuan
iii)Digunakan dalam urusan pentadbiran
iv)Sebagai alat untuk menyampaikan idea dan pemikiran manusia

Fungsi Bandar dalam tamadun awal:
i)Sebagai pusat pentadbiran
ii)Sebagai pusat kegiatan ekonomi
iii)Sebagai pusat keagamaan
iv)Sebagai pusat perkembangan ilmu pengetahuan
v)Sebagai tempat pertemuan masyarakat

1 comment: