Saturday, December 10, 2016

BAB 3 : KETURUNAN DAN VARIASI

Pembahagian Sel
Pembahagian sel terdiri daripada tiga komponen penting iaitu DNA, GEN dan KROMOSOM

DNA
DNA atau nama sebenarnya ialah Asid Deoksiribonukleik merupakan bahan kimia yang berperanan membawa maklumat genetik dalam sel sel badan dan DNA berbentuk heliks ganda.
Contoh gambar bagi DNA
GEN
Merupakan segmen kecil bagi DNA dan unit asas bagi pewarisan.Mengandungi kod genetik yang boleh memindahkan daripada satu generasi kepada generasi yang berikutnya. Gen terletak di dalam kromosom dan terdapat beribu ribu gen dalam setiap kromosom.

KROMOSOM
Merupakan struktur bebenang halus dan panjang yang terletak di dalam nukleus sel. Kromosom wujud secara berpasangan dan setiap pasangan akan mengawal satu ciri tertentu. Setiap organisma mempunyai bilangan kromosom tertentu di dalam sel.


Contoh gambar bagi Kromosom

Tujuan Pembahagian Sel:
i) Untuk menggantikan sel lama yang rosak atau mati
ii) Untuk menambah bilangan sel bagi pertumbuhan
iii)Menurunkan bahan baka kepada sel baharu daripada sel induk melalui proses pembiakan

Pembahagian sel terbahagi kepada dua jenis iaitu Mitosis dan Meiosis

Mitosis
Peringkat-peringkat dalam proses mitosis:
•Pada peringkat pertama, sel biasa diselaputi oleh membran sel. Kromosom tidak jelas    kelihatan tetapi wujud  dalam bentuk bebenang kromatid halus.
•Pada peringkat seterusnya, kromatid berubah menjadi kromosom.
•Pada peringkat ketiga, penduaan kmorosom mula berlaku dan membentuk sepasang  kromatik. Pada peringkat ini, membran nukleus hilang.
•Pada peringkat keempat, semua kromosom bergerak dan menyusun diri pada satah  khatulistiwa.
•Pada peringkat kelima, kromatid bagi setiap kromosom terlah berpisah dan tertarik pada  kutub yang bertentangan.
•Peringkat keenam pula, pembahagian sitoplasma berlaku untuk membentuk dua sel anak
•Akhir sekali, dua sel anak yang sama terbentuk 

Meiosis
Peringkat-peringkat dalam proses meiosis: Terbahagi kepada 2 peringkat

Meiosis 1
•Membentuk dua kromatid selepas menjalani penduaan
•Membran nukelus akan hilang
•Pindah silang berlaku iaitu pertukaran maklumat antara kromosom
•Pasangan kromosom berpisah dan bergerak ke kutub sel yang bertentangan
•Dua sel anak akan terhasil

Meiosis 2
•Kromosom akan tersusun di satah khatulistiwa
•Pasangan kromatid bergerak ke kutub sel yang bertentangan selepas terpisah
•Menghasilkan empat sel anak

Persamaan antara proses Mitosis dan Meiosis ialah pembahagian nukleus dan sitoplasma

Perbezaan antara proses Mitosis dan Meiosis ialah:

Mitosis
Meiosis
•Membentuk dua sel anak yang seiras dengan sel induk
•Menghasilkan empat sel anak yang berbeza dengan sel induk
•Sel induk membahagi satu kali sahaja
•Sel induk membahagi sebanyak 2 kali
•Bilangan kromosom sel anak sama dengan bilangan kromosom sel induk
•Bilangan kromosom sel anak adalah separuh daripada bilangan kromosom sel induk
•Tidak menghasilkan variasi
•Menghasilkan variasi
•Tidak melibatkan pindah silang
•Melibatkan pindah silang
•Berlaku di dalam sel soma
•Berlaku di dalam sel pembiakan

Kepentingan Proses Mitosis:
i)Menghasilkan sel baharu untuk pertumbuhan
ii)Menggantikan sel lama, rosak atau mati
iii) Membolehkan pembiakan aseks berlaku yang hanya melibatkan satu induk

Kepentingan Proses Meiosis:i)Menghasilkan variasi
ii)Menghasilkan gamet
iii)Memastikan bilangan kromosom gamet adalah separuh daripada bilangan kromosom sel induk supaya bilangan kromosom dalam setiap generasi dapat dikekalkan

PEWARISAN
Terbahagi kepada Gen Dominan dan Gen Resesif

Gen Dominan ialah gen yang akan menunjukkan sifatnya sama ada berpasangan dengan geng yang dominan atau gen resesif.

Gen Resesif pula ialah gen yang hanya menunjukkan sifatnya apabila berpasangan dengan gen resesif sahaja.

Mekanisme Pewarisan Sifat - Boleh ditunjukkan dengan menggunakan rajah skema


Rajah di atas menunjukkan mekanisme penentuan seks anak

Nisbah mendapat anak lelaki dan anak perempuan adalah 1:1

Kromosom Seks
Sel soma mengandungi 46 kromosom iaitu 23 pasang kromosom yang terdiri daripada 44 kromosom autosom yang menentukan sifat individu. Dua kromosom lain ialah kromosom seks yang terdiri daripada kromosom x dan kromosom y yang menentukan jantina seseorang.

Kromosom bagi lelaki - 44+XY
Kromosom bagi perempuan - 44+XX

Kembar Seiras dan Kembat Tak Seiras

Kembar seiras terhasil apabila satu ovum dipersenyawakan oleh satu sperma, kemudian    membentuk satu zigot lalu membahagi dua untuk menghasilkan dua embrio

•Kembar tak seiras berlaku apabila dua ovum dipersenyawakan oleh dua sperma secara serentak dan membentuk dua zigot

Persamaan antara kembar seiras dengan kembar tak seiras ialah Dua fetus berkembang serentak di dalam uterus

Perbezaan antara kembar seiras dengan kembar tak seiras:
Kembar Tak Seiras
Perbezaan
Kembar Seiras
2 ovum
Bilangan ovum
1 ovum
2 sperma
Bilangan sperma
1 sperma
2 zigot terbentuk
Bilangan zigot terbentuk
1 zigot terbentuk
Tidak berkongsi plasenta
Perkongsian Plasenta
Berkongsi plasenta
Zigot tidak membahagi
Pembahagian zigot
Zigot membahagi kepada 2
Berbeza
Kandungan genetik
Sama
Berbeza
Sifat fizikal
Sama
Sama atau tidak sama
Jantina anak
Sama

MutasiMutasi merupakan satu perubahan spontan yang berlaku kepada struktur kromosom atau gen yang boleh mengubah sifat asal bagi sesuatu organisma.

Mutasi terbahagi kepada dua iaitu mutasi gen dan mutasi kromosom.

Mutasi gen boleh terjadi apabila bahan kimia dalam  DNA berubah. Mutasi kromosom terjadi apabila struktur atau bilangan kromosom berubah. 


Mutasi Kromosom
•Terjadi apabila berlaku perubahan pada struktur atau bilangan pada kromosom
•Mutasi kromosom tidak boleh diwarisi
•Contoh penyakit:
i) Sindrom Down ( disebabkan oleh kewujudan 3 kromosom pada pasangan kromosom yang ke-21
ii) Sindrom Klinefelter ( Disebabkan oleh lebihnya satu kromosom X iaitu XXY)
iii)Sindrom Turner (Kekurangan satu kromosom X )
Mutasi GEN
•Terjadi kerana perubahan bahan kimia dalam struktur Gen
•Mutasi gen boleh diwarisi
•Contoh penyakit:
i)Buta warna
ii)Anemia sel sabit
iii)Hemofilia
iv)Albinisme

Faktor-faktor yang menyebabkan berlakunya mutasi:
•Terdedah kepada sinaran radioaktif
•Cahaya yang berkeamatan tinggi yang boleh merosakkan sel kulit
•Disebabkan oleh bahan kimia toksik

Kebaikan Mutasi kepada organisma : Dapat meningkatkan variasi dalam populasi
Keburukan Mutasi kepad organisma: Boleh menyebabkan penyakit, kecacatan dan maut.
Variasi Dalam HidupanVariasi ialah perbezaan sifat semula jadi yang terjadi di antara individu dalam spesies yang sama.

Variasi dapat dibahagikan kepada dua jenis iaitu Variasi Selenjar dan Variasi Tak Selenjar 

Perbezaan antar variasi selenjar dengan variasi tak selenjar: 
Variasi Selenjar
Variasi Tak Selenjar
•Tidak menunjukkan perbezaan sifat yang nyata
•Menunjukkan perbezaan sifat nyata
•Tidak Boleh diwarisi
•Boleh diwarisi
•Disebabkan oleh faktor persekitaran dan faktor genetik
•Disebabkan oleh faktor genetik
•Boleh berubah
•Tidak boleh berubah
•Contoh: Tinggi, berat badan, warna kulit
•Kebolehan menggulung lidah, cap jari, jenis darah

Kepentingan Variasi : 
•Dapat membezakan setiap individu dalam suatu spesies
•Sesuatu spesies dapat meningkatkan keupayaannya dengan menyesuaikan diri dengan  perubahan persekitaran  supaya kemandirian spesies dapat dipastikan
•Membolehkan pembiakbakaan melalui kacukan bagi tanaman dan haiwan ternakan untuk  menghasilkan spesies  tumbuhan dan haiwan yang baharu

4 comments:

  1. This note's is great for students who want to review their subject👍

    ReplyDelete
  2. Nota yang terbaik, tetapi bolehkah berikan contoh yang melibatkan pembahagian sel secara meiosis?

    ReplyDelete