Saturday, December 3, 2016

Bab 2: PENDAPATAN DAN PENGGUNAAN PENDAPATAN INDIVIDU

Jenis Pekerjaan Mengikut Sektor

1) Sektor Utama
Merupakan aktiviti pengeluaran langsung daripada alam semulajadi iaitu melibatkan sektor pertanian, perhutanan, perlombongan dan kuari. Sebagai contoh pekerjaan sektor ketiga ialah nelayan, pembalak, penternak,perlombongan dan lain lain.

2) Sektor Kedua
Merupakan aktiviti menukarkan bahan mentah daripada sektor utama kepada barang siap atau separuh siap. Meliputi sektor perkilangan dan pembinaan. Contoh pekerjaan sektor kedua ialah operator pengeluaran, kontraktor, tukang cat, buruh binaan dan lain lain.

3)Sektor Ketiga
Merupakan sektor perkhidmatan yang memberikan sokongan kepada sektor utama. Contoh guru, peniaga, peguam, penyanyi, pemandu dan lain lain.

Faktor Faktor Yang Mempengaruhi Pemilihan Pekerjaan:

1)Upah Wang
Upah wang ditentukan berdasarkan pengalaman kerja, kelayakan akademik, kemahiran, tanggungjawab seseorang dan tempoh berkhidmat.

2)Kelayakan Akademik
Memilih pekerjaan yang setaraf dengan kelayakan akademik.

3)Pengalaman Dan Kemahiran
Pengalaman dan kemahiran mempengaruhi pilihan pekerjaan pada masa hadapan.

4)Jarak
Individu cenderung memilih pekerjaan yang berdekatan dengan rumah.

5)Keadaan Ekonomi Semasa
Semasa eknomi sedang menaik, peluang pekerjaan banyak ditawarkan manakala semasa ekonomi sedang jatuh, wujudnya masalah pengangguran.

6)Faedah Sampingan
Faedah sampingan berperanan untuk memberi galakan kepada pekerja untuk bekerja dengan lebih tekun lagi. Contoh faedah sampingan ialah kemudahan tempat tinggal, kemudahan pengangkutan, perubatan, cuti, bonus dan lain lain.

7)Prospek Pekerjaan
Merupakan peluang kepada pekerja untuk terus maju dalam pekerjaan. Contoh prospek pekerjaan ialah kenaikan pangkat, peluang untuk bekursus dan latihan luar negara.

8)Pengaruh Keluarga
Pekerjaan yang ditentukan atau dibuat oleh keluarga

9)Suasana Tempat Kerja
Suasana tempat kerja yang selesa seperti dilengkapi dengan penghawa dingin dan bersih lebih diminati atau disukai oleh pekerja berbanding tempat kerja yang kotor dan tidak selesa.

10)Minat
Dengan adanya minat dalam melakukan sesuatu pekerjaan, ia dapat mempengaruhi kepuasan daripada kerja yang dilakukan.

Pendapatan Individu
Jumlah pendapatan yang diterima seseorang individu dalam suatu tempoh masa tertentu.

Rumus Pendapatan Individu:
Faedah+Sewa+Dividen+Untung+Upah+Bayaran Pindahan

Bayaran Pindahan
Merupakan pendapatan yang diterima oleh individu tanpa memberi sebarang sumbangan dalam proses pengeluaran.

Jenis pendapatan yang diterima daripada bayaran pindahan:
1)Pencen kepada pesara
2)Biasiswa kepada para pelajar
3)Bantuan kewangan kepada mangsa banjir
4)Subsidi yang diberikan oleh kerajaan
5)Wang saku oleh ibu bapa

Sumber pendapatan individu:
1)Bekerja sendiri
2)Bekerja dengan orang lain
3)Punca pendapatan lain (tabungan, pelabura, pembelian saham)

Sumber pendapatan individu yang tidak bekerja:
1)Bagi sewa harta yang dimiliki iaitu dalam bentuk sewa
2)Bayaran pindahan
3)Tabungan di institusi kewangan
4)Sahan atau unit amanah

Jenis pendapatan individu daripada ganjaran faktor pengeluaran:
1)Faedah
Ganjaran kepada pemilik modal kerana sanggup menangguh perbelanjaan pada masa sekarang.
Formula:Pokok x Tempoh Simpana x Kadar Faedah

2)Sewa
Ganjaran yang diterima oleh pemilik harta yang membenarkan orang lain menggunakan hartanya untuk suatu tempoh masa tertentu.Contoh: rumah kedai, perabot, tanah dan lain lain.

3)Dividen
Ganjaran kepada pemilik modal kerana sanggap menangguh perbelanjaan pada masa akan datang.

4)Untung
Ganjaran kepada usahawan keranan kesanggupannya mengurus dan menyelaras faktor faktor pengeluaran serta menanggung risiko perniagaan.
Formula: Jumlah hasil-jumlah kos

5)Upah
Ganjaran yang diterima oleh buruh kerana menyumbang tenaga mental/fizikal dalam proses pengeluaran. Upah terbahagi kepada 2 jenis iaitu:
i)Upah wang : upah yang diterima dalam bentuk wang
ii)Upah benar:Jumlah barang yang dapat dibeli oleh upah wang.
Formula: Upah wang ÷ Harga purata barang

Perbezaan antara bekerja sendiri dengan bekerja dengan orang lain:


Bekerja Sendiri
Bekerja Dengan Orang Lain
•Mempunyai kebolehan, kemampuan dan kecenderungan dalam bidang yg diceburi
•Tiada kemampuan dan keyakinan diri untuk menjalankan perniagaan sendiri
•Sanggup menghadapi risiko
•Tidak sanggup menghadapi risiko
•Berdikari
•Bergantung kpd org lain
•Ganjaran adalah untung
•Ganjaran adalah upah
•Tidak mempunyai waktu kerja yang tetap
•Mempunyai waktu kerja yang lebih tetap dan dpt menikmati cuti cuti awam
•Contoh:peniaga
•Contoh:guru,kerani

1)Mengira Pendapatan Boleh Cukai:

          Pendapatan Boleh Cukai

RM
RM
Jumlah Pendapatan


Gaji (4000 x 12 bulan)
48000

Hasil Sewa 300 x 12 bulan
3600



51600
Tolak:


Pelepasan Cukai


Diri
8000

Isteri
3000

Kwsp&Insurans nyawa
1200

Rawatan Ibu bapa
3960

Anak (4x1000)
4000



20160
Pendapatan Boleh Cukai

31440

2)Mengira Cukai Pendapatan:
Cukai Pendapatan
RM

RM
2500 pertama
0% 
0
2500 berikutnya
1%
25
5000 pertama
5%
250
10000 berikutnya
5%
500
Baki 1440
7%
100.8


875.8

Cukai Pendapatan = RM875.80-RM50 (zakat) = RM825.80

3)Mengira Pendapatan Boleh Guna:
Pendapatan Boleh Guna
Jumlah Pendapatan - Potongan Wajib


Jumlah Pendapatan
RM51600


Tolak:



Potongan Wajib

Cukai Pendapatan
RM825.80
KWSP dan Insurans nyawa
RM3960
Zakat
RM50
PBG
RM46764.2

Pendapatan Boleh Guna boleh digunakan untuk tabungan dan perbelanjaan penggunaan.

Perbezaan Antara Barang Keperluan Dan Barang Kehendak:
Keperluan Asas
Kehendak
•Mesti dipenuhi
•Tidak Semestinya Dipenuhi
•Perlu Untuk Terus Hidup
•Untuk Keselesaan
•Terhad Kuantiti
•Tidak Terhad Kuantitinya
•Sama utk semua orang
•Pelabagai & tidak sama bagi setiap orang
•Contoh:makanan,pakaian & tempat tinggal
•Contoh: radio, kereta dan komputer


Belanjawan Peribadi
Maksud belanjawan peribadi ialah pendapatan dan perbelanjaan seseorang individu untuk suatu tempoh masa tertentu misalnya 1 bulan.

Kepentingan Belanjawan Peribadi
Cara Merancang Belanjawan Peribadi
•Merancang perbelanjaan supaya tidak melebihi pendapatan
•Kenalpasti punca pendapatan & pelbagai potongan wajib
•Mengelakkan seseorang daripada berhutang
•Senaraikan pelbagai perbelanjaan
•Mengelakkan Inflasi
•Susun perbelanjaan mengikut keutamaan
•Mengelakkan pembaziran dengan memberi keutamaan terhadap barang barang keperluan
•Imbangi antara perbelanjaan dan pendapatan boleh guna
•Simpan sebahagian daripada pendpatan boleh guna sbg tabungan
•Membuat tabungan

Tabungan

Definasi Tabungan: Bahagian daripada pendapatan boleh guna yg tidak dibelanjakan
Tujuan Tabungan
Cara Cara Menabung
•Tujuan Awasan seperti semasa sakit & kecemasan
•BSN ( Akaun simpanan GIRO & Akaun Simpanan Tetap)
•Untuk mendapatkan pulangan dalam bentuk faedah
•Bank Perdagangan (Akaun Simpanan Tabungan,Tetap & Semasa
•Beli barang tahan lama spt rumah & kereta
•Membeli saham, surat jaminan kerajaan & unit amanah
•Sebagai modal untuk menjalankan perniagaan
•Syarikat Kewangan (Akaun Simpanan Tabungan & Tetap)
•Membuat Pelaburan
•Membeli polisi insuran nyawa
•Jaminan pada hari tua
•Menyimpan tabungan di Koperasi
•Tujuan Pendidikan
•Melancong ke luar negara
•Simpan di Tabung Haji

Pinjaman

Definasi Pinjaman: Sejumlah wang yang diterima oleh seseorang individu dari punca punca tertentu yang perlu dibayar balik
Tujuan Pinjaman Kepada Pengguna
Tujuan Pinjaman Kepada Pengeluar
Cara Cara Membuat Pinjaman
Sebab Sebab Pinjaman Dikenakan Faedah
•Menampung kekurangan yg berlaku di luar dugaan seperti kematian, sakit & kemalangan
•Meningkatkan produktiviti melalui pembelian alatan spt mesin dan jentera
•BSN ( skim pinjaman persendirian)
•Sanggup menanggauh perbelanjaan pada masa kini kepada masa hadapan
•Membiayai kos pendidikan di institusi pengajian tinggi
•Menambah modal perniagaan
•Bank perdagangan (Pinjaman peribadi & overdraf)
•Menanggung kemerosotan atau kejatuhan nilai mata wang
•Membeli barang harian dengan menggunakan kad kredit
•Mengurangkan pembayaran cukai
•Syarikat kewangan (pinjaman sewa beli)
•Menanggung kesulitan dari segi catatan yang perlu dibuat
•Membeli barang tahan lama yang mahal spt kereta, rumah & tanah
•Syarikat Insurans
•Pemberi pinjaman menanggung risiko kemungkinan pinjaman tidak dibayar balik
•Agensi kerajaan (MARA, Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam& PKEN
•Agro Bank
•Kedai Pajak Gadai
•Koperasi
•Ahli keluarga

Pelaburan

Definasi Pelaburan: Usaha untuk meningkatkan stok modal seperti mesin, jentera, kilang,rumah, bangunan dan bahan bahan mentah untuk digunakan dlm proses pengeluaran
Tujuan Pelaburan
Cara Melabur
Perbandingan
•Meningkatkan produktiviti
•Membina kilang atau pembelian alat jentera yg baru
Pulangan Pelaburan
Pulangan Tabungan
•Pulangan dalam bentuk untung
•Pulangan dalam bentuk faedah
•Menggerakkan ekonomi ke arah kemajuan
•Membeli bahan mentah utk proses pengeluaran
•Kadar pulangan tidak tetap
•Kadar pulangan tetap
•Meningkatkan pendapatan pada masa hadapan
•Membina rumah kediaman, bangunan & pembelian tanah
•Melibatkan risiko yang tinggi
•Melibatkan risiko yang rendah
•Menggantikan barang modal yang telah haus atau usang


No comments:

Post a Comment