Saturday, December 3, 2016

BAB 1 : MANUSIA PERLU BERSYUKUR (TILAWAH)

Tingkatan 4

Bab 1: Manusia Perlu Bersyukur




Maksudnya: Adakah mereka tidak memerhatikan berapa banyak generasi yang telah Kami binasakan sebelum mereka, sedangkan generasi itu telah Kami teguhkan kedudukan mereka di atas muka bumi ini. Kami menurunkan hujan yang lebat kepada mereka dan kami jadikan sungai sungai yang mengalir di bawah mereka. Kemudia, Kami binasakan mereka di atas dosa mereka sendiri dan Kami jadikan sesudah mereka generasi yang lain.

Allah SWT menyediakan pelbagai nikmat dan kemudahan yang tidak terhingga kepada hambanya sebagaimana firman-Nya:


Antara nikmat kurniaan Allah SWT ialah:
•Iman
•Islam
•Akal Fikiran
•Kesempurnaan Fizikal
•Kesihatan tubuh badan
•Keamanan Dan Kemakmuran Negara

Cara Mensyukuri nikmat Allah SWT:
Melalui Hati iaitu dengan senantiasa mengingati Allah SWT dan merendah diri terhadap  kekuasaan-Nya.

•Melalui Lidah iaitu dengan mengucapkan Alhamdulillah, membaca Al Quran, berzikir dan bertasbih kepada Allah  SWT.

•Melalui Anggota Badan iaitu dengan menggunakannya ke arah kebaikan.

Kemusnahan Kaum AD, Kaum Thamud Dan Kaum Lut

Kaum Ad: Merupakan kaum yang Allah SWT telah memberikan nikmat tanah subur dan kemewahan hasil tanaman tetapi mereka kufur dan menolak ajaran Nabi Hud A.S. Mereka telah dibinasakan oleh Allah SWT dengan angin puting beliung yang telah memusnahkan diri dan seluruh harta benda.

Kaum Lut: Allah SWT telah memberikan mereka kehidupan yang sangat mewah tetapi mereka menolak ajaran yang dibawa oleh Nabi Lut A.S dan mereka telah mengamalkan homoseks. Allah SWT telah membinasakan mereka dengan menterbalikkan negara mereka.

Kaum Thamud: Allah SWT telah menganugerahkan mereka dengan kekayaan dan kemewahan hidup tetapi mereka tidak beriman dan menuduh Nabi Hud A.S sebagai pendusta. Malah, mereka juga bersikap angkuh. Akhirnya mereka telah dibinasakan oleh Allah SWT dengan halilintar yang kuat dan gempa bumi yang dahsyat di atas perbuatan mereka sendiri.

Manusia Sebagai Khalifah Allah
•Manusia telah dipilih oleh Allah SWT sebagai khalifah-Nya di muka bumi ini.

Antara tugas manusia sebagai khalifah Allah di muka bumi ini:
•Menunaikan ibadat kepada Allah SWT
•Menegakkan agama Islam yang sebenar
•Membangunkan dan mentadbir alam berdasarkan syariat Islam
•Melaksanakan Amar Makruf dan Nahi Mungkar

Pengajaran Ayat
•Manusia wajib bersyukur di atas nikmat kurniaan Allah SWT
•Mereka yang tidak bersyukur nescaya akan mendapat balasan azab daripada Allah di  akhirat kelak
•Kemusnahan kaum terdahulu akibat daripada sikap mereka yang tidak tahu bersyukur

2 comments: