Saturday, December 3, 2016

BAB 2: KOORDINASI BADAN

Koordinasi Badan terbahagi kepada 2 jenis iaitu:
a)Koordinasi Saraf
b)Koordinasi Kimia

Kepentingan koordinasi badan adalah untuk:

a)Menjamin dan memastikan setiap anggota dapat berfungsi secara bersepadu dan dalam keadaan sihat dan seimbang.
b)Mengelakkan diri daripada bahaya dan menyesuaikan diri kepada sebarang perubahan persekitaran luar dan persekitaran dalam.

Sistem Saraf Manusia

1)Sistem saraf manusia menyelaraskan aktiviti-aktiviti badan dengan menghantar isyarat dalam bentuk impuls sebagai tindak balas terhadap ransangan.

2)Sistem saraf manusia terdiri daripada dua bahagian iaitu sistem saraf pusat dan sistem saraf pereferi.

Sistem saraf pusat terdiri daripada otak dan saraf tunjang.
Sistem saraf pereferi terdiri daripada saraf kranium dan saraf spina.

Saraf Kranium ialah saraf saraf dari otak yang menghubungkan otak dengan organ deria di kepala.Terdapat 12 pasang saraf kranium.

Saraf Spina ialah saraf saraf dari saraf tunjang yang menghubungkan saraf tunjang dengan organ deria. Terdapat 31 pasang saraf spina.

Neuron
Sistem saraf terbentuk dari rangkaian neuron. Neuron ialah sel saraf yang terdiri daripada bahagian berikut:

a)Badan Sel (mengandungi nukleus dan sitoplasma)
b)Dendrit (menerima impuls dan menghantarnya ke dendron)
c)Dendron (mengangkut impuls saraf ke badan sel)
d)Akson (gentian saraf yang membawa impuls keluar dari badan sel)
e) Salut Mielin (melindungi akson dan mempercepat penghantaran impuls)

Jenis Jenis Neuron
Terdiri daripada tiga jenis neuron iaitu:

a)Neuron Deria (membawa impuls dari organ deria ke sistem saraf)
b)Neuron Perantaraan (menghubungkan isyarat daripada neuron deria ke neuron motor)
c)Neuron Motor (menghantar impuls saraf dari sistem saraf pusat ke efektor)

Neuron Deria

Neuron Perantaraan



Neuron Motor


Koordinasi Saraf
Koordinasi saraf merujuk kepada koordinasi sistem badan terhadap ransangan untuk menghasilkan tindak balas yang sesuai melalui pengahantaran impuls.

Pengaliran impuls saraf dari reseptor ke efektor:



Lintasan impuls saraf dalam koordinasi saraf:

Rangsangan---->Resptor---->Sistem Saraf Pusat (otak)---->Efektor---->Gerak Balas

Tindakan Refleks
Merupakan gerak balas spontan, automatik dan pantas terhadap rangsangan tanpa melibatkan kawalan otak. Tindakan refleks merupakan tindakan luar kawal dan sentiasa berlaku tanpa disedari.

Lintasan impuls ketika satu tindakan refleks dikenali sebagai arka refleks.

Peranan Proprioreseptor Dalam Mengekalkan Keseimbangan Dan Koordinasi Badan

Deria kinestesis membolehkan seseorang peka terhadap regangan otot dan mengetahui kedudukan bahagian badan secara menyeluruh tanpa melihat.

Proprioreseptor (reseptor regang) ialah reseptor pada otot, tendon, sendi dan ligamen yang peka terhadap perubahan dalam tegangan, regangan dan kedudukan bahagian badan yang berkaitan.

Contoh Proprioreseptor dalam otot:


Otak Manusia
Bahagian utama otak manusia terdiri daripada serebrum, serebelum dan medula oblongata. Serebrum merupakan bahagian otak yang terbesar.



Serebrum- Mengawal tindakan terkawal seperti membaca dan menulis.
Serebelum- Mengawal keseimbangan badan seperti berjalan di atas tali dan mengayuh basikal.
Medula Oblongata-Mengawal tindakan luar kawal seperti degupan jantung dan peristalsis.

Otak manusia dilindungi oleh kranium.

Koordinasi Kimia Dalam Badan
Koordinasi kimia mengawal aktiviti badan dengan menggunakan hormon. Hormon ialah bahan kimia yang dihasilkan oleh kelenjar endokrin. Kelenjar endokrin terdiri daripada kelenjar pituitari, kelenjar tiroid, kelenjar adrenal, pankreas, testis (lelaki) dan ovari (perempuan).



Sistem endokrin terdiri daripada kelenjar tidak berduktus yang merembeskan hormon terus ke dalam aliran darah.

Kelenjar Pituitari merangsang aktiviti kelenjar lain.

Contoh beberapa hormon yang dirembeskan oleh kelenjar pituitari:
Hormon Pertumbuhan - Merangsang pertumbuhan
Hormon Pelutinan - Merangsang ovulasi, penghasilan progesteron dan testosteron
Hormon Perangsang Folikel - Merangsang perkembangan folikel di dalam ovari
Prolaktin - Merangsang penghasilan susu
Hormon Perangsang Tiroid - Merangsang penghasilan hormon tiroksina
Oksitosin - Merangsang pengecutan uterus
Hormon Antidieresis - Mengawal penyerapan semula air di ginjal.

Fungsi hormon yang dihasilkan oleh kelenjar kelenjar endokrin utama (selain daripada kelenjar pituitari)

Kelenjar Endokrin
Hormon yang dirembeskan
Fungsi
Kesan kekurangan hormon
Kesan Berlebihan Hormon
Kelenjar Tiroid
Tiroksina
• Mengawal kadar metabolisme
Kadar metabolisme rendah rendah, perkembangan terbantut, goiter
Kadar metabolisme tinggi dan degupan jantung bertambah
• Mengawal pertumbuhan fizikal dan mental
Pankreas
Insulin
• Menukarkan glukosa kepada glikogen
Aras glukosa bertambah
Aras glukosa berkurang
Glukagon
• Menguraikan glukosa kepada glikogen
Aras glukosa berkurang
Aras glukosa bertambah
Kelenjar Adrenal
Adrenalina
• Menyediakan badan untuk menghadapi situasi cemas
Kehilangan air dan garam berlebihan
Kandungan garam dalam darah bertambah
• Mengawal kandungan garam dalam darah
Ovari
Estrogen
• Mengawal perkembangan ciri-ciri seks sekunder perempuan (misalnya perkembangan buah dada dan punggung)
Pekembangan ciri ciri seks sekunder perempuan terbantut
Perkembangan ciri ciri seks sekunder perempuan awal/akil baligh awal
Progesteron
•Merangsang penebalan dinding uterus
Keguguran
Gagal melahirkan anak dalam tempoh yang sepatutnya
Testis
Testosteron
•Merangsang penghasilan sperma
Perkembanganciri ciri 
seks sekunder lelaki terbantut
Pekembangan ciri ciri seks sekunder lelaki awal/akil baligh awal
•Mengawal pertumbuhan ciri ciri seks sekunder lelaki (misalnya pertumbuhan bulu badan, perkembangan otot)


Koordinasi Antara Sistem Saraf Dengan Sistem Endokrin
Koordinasi saraf dan koordinasi kimia berfungsi bergandingan untuk menyelaraskan aktiviti badan.

Perbezaan antara koordinasi saraf dengan koordinasi kimia:

Koordinasi Saraf
Perbezaan
Koordinasi Kimia
Bertindak Pantas
Kelajuan Penghantaran
Bertindak Perlahan
Memberi kesan jangka pendek, sementara dan berbalik
Tempoh Kesan
Memberi kesan jangka panjang, kekal dan tidak berbalik
Melalui neuron dalam gentian saraf
Kaedah Penghantaran
Diangkut oleh sistem peredaran darah
Impuls elektrik
Jenis Isyarat
Bahan kimia (hormon)
Terdiri daripada otak, rangkaian neuron dan saraf tunjang
Komponen
Terdiri daripada kelenjar endokrin dan rangkaian saluran darah
Kawasan organ spesifik (otot atau kelenjar)
Sasaran
Kawasan yang luas dan meliputi seluruh badan

Sistem saraf bergerak balas dengan lebih cepat terhadap ransangan daripada sistem endokrin.
Sistem saraf terdiri daripada neuron manakala sistem kimia terdiri daripada kelenjar endokrin.

Kesan Penyalahgunaan Dadah Terhadap Koordinasi Badan Dan Kesihatan 
Dadah ialah bahan kimia yang boleh mengubah fungsi badan dan mempengaruhi minda, perasaan dan kelakuan seseorang.

Penyalahgunaan dadah ialah pengambilan dadah dalam dos yang tinggi dan berlebihan tanpa nasihat doktor dengan tujuan mencari keseronokan.

Seseorang penagih dadah memerlukan dadah secara berterusan untuk ketenangan jiwa dan menghilangkan kesan kesan fizik seperti menggeletar, muntah dan cirit birit.

Jenis jenis dadah dan kesannya:

Jenis Dadah
Contoh
Kesan- Kesan
Stimulan (perangsang)
Nikotina,Kokaina,  Amfetamina,    Marijuana
•Merangsang dan mempercepat impuls saraf
•Meningkatkan kadar mentabolisme,nadi dan tekanan darah
Depresen (penenang)
Barbiturat, Trankuilizer
•Melambatkan impuls saraf dan gerak balas terhadap ransangan
•Mengurangkan kadar mentabolisme
•Mengurangkan tekanan jiwa
•Menyebabkan rasa mengantuk dan pertuturan tidak jelas
•Memperlahankan aktiviti sistem saraf
Antidepresen (melegakan kemurungan)
Opium, Morfina, Heroin
•Mengurangkan rasa sakit
•Mengurangkan kebimbangan dan tekanan mental
•Menyebabkan tidur
Inhalen (Ubat sedut)
Gam ,Cat, Petroleum, Eter
•Menyebabkan halusinasi
•Menyebabkan hilang kawalan dan kurang stabil
•Meningkatkan degupan jantung
Halusinogen (Penyebab halusinasi)
LSD(asid lisergik diletilamida), Ekstasi
•Berkhayal dan mengalami halusinasi
Opiat (Pelega kesakitan
Heroin, Morfina
•Mengurangkan kesakitan dan keresahan


Kesan Pengambilan Alkohol Berlebihan Terhadap Koordinasi Badan Dan Kesihatan
Minuman beralkohol ialah minuman yang mengandungi etanol. Contoh-contohnya termasuk bir, wiski, vodka, rum dan brandi.

Pengambilan alkohol secara berlebihan akan melambatkan penghantaran impuls sistem saraf dan menjejaskan koordinasi badan.

Alkohol ialah depresen yang boleh memperlahankan aktiviti otak dan penghantaran impuls saraf.

Kesan pengambilan alkohol berlebihan ke atas sistem saraf termasuklah pertuturan tidak jelas, memperlahankan masa bertindak balas terhadap ransangan dan keseimbangan badan terganggu.

Kesan pengambilan alkohol berlebihan ke atas kesihatan termasuk ulser perut dan masalah gastrik, sirosis hati (kerosakan sel hati secara kekal) dan kerosakan otot jantung dan kerosakan otak.

No comments:

Post a Comment