Thursday, December 15, 2016

BAB 1 : KEMUNCULAN TAMADUN AWAL (TAMADUN MESOPOTAMIA)

Kedudukan Tamadun Mesopotamia
Merupakan tamadun yang terawal di dunia. Berasal daripada bahasa Yunani yang  membawa maksud "tanah di antara dua batang sungai". Tamadun Mesopotamia terletak  di kawasan lembah antara dua batang sungai iaitu Sumgai Tigris dan Sungai Euphrates.

Sungai ini mengalir dari kawasan pergunungan di Turki ke tanah lembah pamah di Iraq  sampai ke Teluk Parsi

•Dikelilingi oleh Pergunungan Zagros di bahagian timur laut, dataran tinggi Arab di barat d  daya dan Teluk Parsi di  bahagian selatan.

Tempoh Masa Kewujudan Tamadun Mesopotamia
•Berkembang daripada petempatan awal Zaman Neolitik ketika tahun 7000 S.M hingga tahun 5000 S.M. dan berkembang sebagai pusat tamadun awal pada tahun 3500 S.M.

Kerajaan-kerajaan yang muncul ketika tamadun Mesopotamia : 
•Kerajaan- kerajaan ini telah muncul kemudian mengalami perkembangan dan akhirnya merosot. Wilayah Mesopotamia telah dikuasai oleh Parsi selepas kejatuhan kerajaan yang terakhir iaitu kerajaan Chaldea.

Rajah di bawah menunjukkan kerajaan-kerajaan yang menguasai wilayah Mesopotamia
Kerajaan
Tempoh Memerintah
Sumeria
3500-2340 S.M.
Akkad
2371-2006 S.M.
Ur
2113-2006 S.M.
Babylon Awal
2000-1530 S.M.
Kassites
1530-1100 S.M.
Assyria
1100-626 S.M.
Chaldea
626-539 S.M.

Proses-Proses Pembentukan Tamadun Mesopotamia
•Permulaan bagi Tamadun Mesopotamia terletak di Sumer

•Tamadun Mesopotamia dapat dibahagikan kepada dua bahagian iaitu Bahagian Utara Bandar Baghdad yang merangkumi kawasan pertengahan sungai Tigris hingga ke bahagian utara termasuk Assyria dan Bahagian Selatan Bandar Baghdad pula merangkumi kawasan Sungai Tigris dan Sungai Euphrates dan dikenali sebagai Babylon.

•Babylon dapat dibahagikan kepada Akkad di bahagian utara manakal Sumeria di bahagian selatan

•Penghijrahan orang Sumeria ke Sumer telah menyebabkan wujudnya petempatan dan aktiviti pertanian. Perkembangan aktiviti pertanian telah menghasilkan sumber makanan yang berlebihan dan boleh menampung keperluan penduduk yang semakin bertambah 

•Petempatan awal yang sebelum ini berbentuk perkampungan telah berubah menjadi bentuk yang lebih sistematik iaitu bentuk bandar dan negara kota yang muncul di sepanjang sungai. Perubahan ini terjadi kesan daripada perkembangan yang dilakukan oleh para penduduk

•Contoh negara kota pada zaman Tamadun Mesopotamia termasuklah kota Assur, Lagash, Mari, Nippur, Uruk, Eridu, Kish dan Ur

Ciri-Ciri Tamadun Mesopotamia
Ciri-Ciri
Huraian
Sistem Pemerintahan
•Mengamalkan sistem permerintan yang berbentuk Teokrasi
•Menganggap raja sebagai tuhan, atau wakil tuhan dan pemilik negara kota
•Masyarakat Mosopotamia menyembah raja sebagai tuhan ketika pemerintahan Raja Namsin
•Raja Naramsin meggelar dirinya sebagai Raja Empat Penjuru Alam dan memaksa rakyatnya menyembah dirinya
•Raja berperanan sebagai ketua pentadbir, ketua tentera, ketua pendeta, melantik ahli keluarga untuk memegang jawatan di zigurat, berkuasa dalam soal hasil seperti tanah dan menentukan bentuk pentadbiran
•Zigurat sebagai pusat ibadat, perdagangan dan menyimpan khazanah negara
•Raja dibantu oleh pegawai pegawai yang dilantik daripada golongan bangsawan dan mempunyai hungan dengan keluarga diraja

Ciri-Ciri
Huraian
Negara Kota
•Setiap negara kota mempunyai pusat, tembok , luar, pelabuhan  dan kubu pertahanan kota. Dan setiap kota mempunyai gerbang pintu
•Rumah ibadat sebagai pusat kota
•Sistem politik dan agama yang berbeza bagi setiap kota
•Jalan laut memudahkan setiap kota untuk berhubung
•Pedagang luar menggunakan jalan yang menghubungkan Sumeria dengan kota Mari
•Setiap kota akan bersatu apabila menentang musuh dari luar sahaja

Ciri-Ciri
Huraian
Organisasi
•Terdiri daripada 2 golongan iaitu golongan pemerintah dan golongan rakyat
•Golongan pemerintah terdiri daripada raja, ketua pendeta, ketua tentera dan golongan bangsawan
•Golongan bawahan terdiri daripada rakyat bebas seperti petani, artisan, pedagang. Selain itu golongan rakyat juga terdiri daripada hamba daripada tawanan perang

Ciri-Ciri
Huraian
Sistem Tulisan
•Perkembangan ilmu pengetahun telah membawa kepada kewujudan sistem tulisan
•Tulisan pada mulanya berbentuk gambar dan kemudian berkembang menjadi bentuk simbol. Tulisan ini ditulis di atas tanah liat
•Tulisan cuneiform membawa kepada perkembangan sistem pendidikan yang bertujuan untuk melahirkan jurutulis yang berperanan untuk merekod urusan pentadbiran dan perniagaan
•Sistem tulisan juga membawa perkembangan kepada karya kesusasteraan dan karya kesusasteraan pertama yang diterbitkan ialah Epik Gilgamesh yang menceritakan falsafah dan cara hidup masyarakat Mesopotamia

Ciri-Ciri
Huraian
Pengkhususan Pekerjaan
•Pengkhususan pekerjaan atau kepelbagaian ekonomi wujud kerana pertambahan penduduk
•Perdagang dijalankan merangkumi wilayah di sekitar Mesopotamia dan dan di kawasan Lembah Indus
•Perdagangan amat penting kepada tamadun Mesopotamia dan barangan serperti kayu, logam,emas dan perak di bawa masuk ke Mesopotamia dan ditukar dengan hasil pertanian
•Golongan tukang semakin bertambah dan golongan yang menjadi tentera mempertahankan negara kota daripada anacaman musuh luar

Sumbangan Tamadun Mesopotamia Kepada Dunia
Sumbangan
Huraian
Kod Undang Undang Hammurabi
•Digubal semasa pemerintahan Raja Hammurabi di Babylon dan undang undang ini mengandungi 282 fasal
•Prinsip utama undang undang ini ialah berteraskan hak rakyat dan hukuman serta denda yang setimpal dengan kesalahan yang dilakukan
•Dipahat pada tembok dan tiang besar supaya boleh dibaca dan dipatuhi
•Kepentingan kod undang undang Hammurabi:
i) Menjadi dasar perundangan
ii)Mengelakkan pemasalahan daripada berlaku
iii)Untuk mengukuhkan sistem organisasi
iv)Mewujudkan permaduan sesama masyarakat
v)Membantu tamadun Mesopotamia bertahan

Ciri-Ciri
Huraian
Ilmu Astronomi
•Mengkaji pergerakan bulan, bintang dan matahari
•Membawa kepada perkembangan ilmu matematik
•Menggunakan jalan laut dan mencipta kalender yang berasaskan sistem solat yang mempunyai 12 bulan dalam 1 tahun dengan menggunakan ilmu astronomi

Ciri-Ciri
Huraian
Tulisan
•Wujudnya sistem pendidikan yang bertujuan untuk melahirkan jurutulis
•Urusan jual beli disertakan resit, nota, dan surat kredit
•Perkembangan sistem pendidikan terhasilnya karya kesusasteraan dan karya kesusasteraan yang pertama ialah Epik Gilgamesh

Ciri-Ciri
Huraian
Ilmu Perubatan
•Berkembang semasa pemerintahan Assyria kerana kerajaan Assyria amat mementingkan kesihatan tenteranya
•Ubat-ubat dan herba yang terdiri daripada pelbagai jenis dikatalogkan dan disampelkan

Ciri-Ciri
Huraian
Penciptaan Roda
•Roda yang dicipta bertujuan untuk menggerakkan kereta kuda
•Digunakan untuk kincir air

Ciri-Ciri
Huraian
Pengangkutan
•Mencipta kapal layar yang digunakan untuk berhubung dengan wilayah di India
•Mencipta pengangkutan beroda

Ciri-Ciri
Huraian
Seni Bina
•Memperkenalkan cara membuat batu bata daripada tanah liat
•Mencipta arca dan patung

Ciri-Ciri
Huraian
Pembinaan Empayar
•Empayar pertama di dunia ialah kerajaan Akkad
•Raja Sargon merupakan perintis kepada pembinaan empayar


Wednesday, December 14, 2016

BAB 3 : LARANGAN MEMPERSENDAKAN AGAMA (TILAWAH)

Tingkatan 4

Tindakan sama ada melalui lisan atau perbuatan yang boleh menjatuhkan martabat agama Islam merupakan suatu perbuatan mempersendakan agama

Ciri-Ciri Golongan Yang Mempersendakan Agama: 
•Berasa bangga dalam diri apabila melanggar perintah Allah SWT
•Menyanjung dan melakukan perbuatan maksiat
•Menghina golongan yang bertakwa
•Senantiasa melanggar syariat Islam seperti tidak menunaikan solat, tidak berpuasa dan  tidak membayar zakat

Golongan Yang Mempersendakan Agama:
•Golongan Murtad iaitu mereka yang berpaling atau keluar daripada agama Islam
•Golongan Musyrikin iaitu mereka yang menyekutukan Allah dari segi zat dan perbuatannya
•Golongan Munafik iaitu mereka yang menyembunyikan kekufuran dan menzahirkan    keimanan
•Golongan 'Asi iaitu mereka yang melakukan maksiat dak melanggar perintah Allah

Kesan Kepada Mereka Yang Mempersendakan Agama:
•Dipulaukan dan dibenci olah masyarakat
•Jiwa tidak tenang
•Akidah menjadi rosak
•kebaikan yang dilakukan menjadi sia sia
•Mendapat azab dan masuk ke dalam neraka di akhirat kelak

Cara Memelihara Agama:
•Melaksanakan perintah Allah dan meninggalkan larangan-Nya supaya kesucian agama  Islam dapat dikekalkan
•Berakhlak mulia
•Menentang kemungkaran yang berlaku
•Melaksanakan amar markruf dan nahi mungkar
•Mengamalkan nilai nilai murni dalam kehidupan seharian

Kesan Tidak Memelihara Agama:
•Agama Islam dihina dan dipandang rendah oleh agama lain
•Umat Islam akan mengalami kemunduran
•Perbuatan maksiat berleluasa
•Umat Islam tidak akan dihormati

Harta Dan Pangkat Sebagai Ujian:
Harta dan pangkat merupakan satu kurniaan Allah SWT kepada manusia. Islam menggalakkan umatnya untuk mencari harta disamping tidak melupakan ibadah mereka kepada Allah dan harta yang dicari mestilah datang daripada sumber yang halal dengan cara yang betul. Islam juga menyeru umatnya untuk menjadikan harta sebagai alat untuk mencapai kebahagiaan hidup di dunia dan di akhirat.

Pengajaran Ayat
•Kesucian Islam menjadi tanggungjawab umat Islam dan wajib dipelihara
•Agama Islam bukanlah suatu agama yang boleh dipersendakan
•Mereka yang mempersendakan agama akan mendapat azab dan balasan api neraka di  akhirat kelak

Sunday, December 11, 2016

Use "To" & "For" In The Correct Way

Some people are very confuse to use them. Here are some rules to understand these two words.

Use "TOin these cases:
•Destination
"We are going to Kuala Lumpur"

•Time
"It is a quarter to 7 o'clock"

•Distance
"It is about seven miles from my house to Sunway Pyramid"

•Comparing
"I prefer playing to working

•Giving
" I gave my money to mom to keep it"

•Motive or Reason - with verb
"I ran from field to avoid from dog"

Use "FOR" in these cases:
•Benefits
"Milk is good for children digestion"

•Schedule
"I made an appointment for April 3"

•Agree With
"Are you for or against the development of new condominium"

•Period Of Time
"We have lived in Taman Kenangan for almost 2 years"

•Motive or Reason - with noun
"Let's go out for drink"

•Function - with verb
"A wheelchair is used for a handicapped"

•Doing something to help someone
"Could you please take order for me please?"