Showing posts with label Agama Islam. Show all posts
Showing posts with label Agama Islam. Show all posts

Wednesday, December 14, 2016

BAB 3 : LARANGAN MEMPERSENDAKAN AGAMA (TILAWAH)

Tingkatan 4

Tindakan sama ada melalui lisan atau perbuatan yang boleh menjatuhkan martabat agama Islam merupakan suatu perbuatan mempersendakan agama

Ciri-Ciri Golongan Yang Mempersendakan Agama: 
•Berasa bangga dalam diri apabila melanggar perintah Allah SWT
•Menyanjung dan melakukan perbuatan maksiat
•Menghina golongan yang bertakwa
•Senantiasa melanggar syariat Islam seperti tidak menunaikan solat, tidak berpuasa dan  tidak membayar zakat

Golongan Yang Mempersendakan Agama:
•Golongan Murtad iaitu mereka yang berpaling atau keluar daripada agama Islam
•Golongan Musyrikin iaitu mereka yang menyekutukan Allah dari segi zat dan perbuatannya
•Golongan Munafik iaitu mereka yang menyembunyikan kekufuran dan menzahirkan    keimanan
•Golongan 'Asi iaitu mereka yang melakukan maksiat dak melanggar perintah Allah

Kesan Kepada Mereka Yang Mempersendakan Agama:
•Dipulaukan dan dibenci olah masyarakat
•Jiwa tidak tenang
•Akidah menjadi rosak
•kebaikan yang dilakukan menjadi sia sia
•Mendapat azab dan masuk ke dalam neraka di akhirat kelak

Cara Memelihara Agama:
•Melaksanakan perintah Allah dan meninggalkan larangan-Nya supaya kesucian agama  Islam dapat dikekalkan
•Berakhlak mulia
•Menentang kemungkaran yang berlaku
•Melaksanakan amar markruf dan nahi mungkar
•Mengamalkan nilai nilai murni dalam kehidupan seharian

Kesan Tidak Memelihara Agama:
•Agama Islam dihina dan dipandang rendah oleh agama lain
•Umat Islam akan mengalami kemunduran
•Perbuatan maksiat berleluasa
•Umat Islam tidak akan dihormati

Harta Dan Pangkat Sebagai Ujian:
Harta dan pangkat merupakan satu kurniaan Allah SWT kepada manusia. Islam menggalakkan umatnya untuk mencari harta disamping tidak melupakan ibadah mereka kepada Allah dan harta yang dicari mestilah datang daripada sumber yang halal dengan cara yang betul. Islam juga menyeru umatnya untuk menjadikan harta sebagai alat untuk mencapai kebahagiaan hidup di dunia dan di akhirat.

Pengajaran Ayat
•Kesucian Islam menjadi tanggungjawab umat Islam dan wajib dipelihara
•Agama Islam bukanlah suatu agama yang boleh dipersendakan
•Mereka yang mempersendakan agama akan mendapat azab dan balasan api neraka di  akhirat kelak

Saturday, December 3, 2016

BAB 2 : RASUL PENYAMPAI WAHYU (TILAWAH)

Tingkatn 4

Bab 2: Rasul Penyampai Wahyu



Image result for surah al an'am ayat 50

Maksudnya: Katakanlah bahawa Aku tidak pernah menyatakan kepadamu bahawa perbendaharaan Allah SWT ada padaku dan tidak pula kau mengatakan bahawa aku seorang malaikat. Aku tidak mengikut kecuali apa yang diwahyukan kepadaku.Katakanlah: Apakah sama orang yang buta dengan orang yang melihat? Apakah kamu tidak memikirkannya?

Pengenalan
Nabi Muhammad merupakan manusia biasa yang dilantik oleh Allah SWT untuk memimpin manusia ke arah kebaikan dan kebenaran. Baginda bukanlah malaikat, jauh sekali bukanlah anak tuhan tetapi baginda hanya manusia biasa yang dan tidak mempunyai kuasa terhadap khazanah Allah serta baginda juga tidak mengetahui akan perkara perkara ghaib.

Peranan Rasul
•Membetulkan akidah manusia ke arah kebenaran dan beriman kepada Allah
•Menjelaskan peraturan dan syariat bagi mencapai kebahagiaan hidup di dunia dan di  akhirat
•Mendidik manusia untuk berakhlak mulia
•Mengajar manusia cara beribadat yang betul
•Menerangkan dan memberitahu tentang perkara perkara ghaib
•Mengajar manusia cara hidup masyarakat yang harmoni

Perkara Perkara Ghaib
Perkara ghaib ialah perkara yang hanya diketahui oleh Allah SWT sahaja seperti  penentuan rezeki seseorang, tarikh berlakunya kiamat dan ajal maut seseorang.
Perkara yang telah berlaku seperti kisah kisah nabi yang terdahulu dan kemusnah umat  yang menderhaka kepada Allah
Perkara yang wujud tetapi tidak dapat dilihat oleh pancaindera seperti malaikat, syaitan,  syurga, neraka, dosa dan pahala.
Perkara yang akan berlaku seperti seperti hari kiamat, turunnya Nabi Isa, keluarnya Dajjal  dan Yakjuj Makjuj.
Perkara yang hanya diketahui melalui kajian  dan ilmu seperti petroleum, emas dan jenis    jenis tumbuhan yang dapat digunakan untuk dijadikan ubat atau penawar.

Hikmat Kewujudan Perkara Perkara Ghaib
Membuktikan kebesaran dan kekuasaan Allah SWT
•Untuk menggalakkan manusia membuat kajian dan penyelidikan
•Untuk meningkatkan keimanan kepada Allah
•Mendorong manusia supaya senantiasa berfikir tentang kebesaran Allah SWT

Tugas Dan Tanggungjawab Manusia
•Manusia wajib dan perlu beriman kepada Allah serta mengikuti ajaran yang dibawa oleh  Nabi Muhammad SAW untuk mencapai kebahagiaan hidup di dunia dan di akhirat.
•Manusia hendaklah berusaha dan menorka khazanah Allah untuk memajukan diri dan  untuk kepentingan hidup.
•Allah SWT menyeru manusia untuk berusaha mencari kurniaan-Nya di samping tidak  melupakan tuntutannya  kehidupan di dunia.

Wahyu Allah SWT
Wahyu ialah pengetahuan yang diperoleh seseorang dengan keyakinan bahawa wahyu itu semata mata daripada Allah SWT melalui perantaraan ataupun sebaliknya.

Cara Cara Wahyu Diturunkan:
•Malaikat Jibril menjelmakan diri sebagai seorang lelaki
•Malaikat memasukkan wahyu ke dalam hati Nabi tanpa disedari
•Malaikat menampakkan dirinya yang sebenar
•Wahyu didengar oleh rasulullah SAW seperti bunyi loceng

Pengajaran ayat
•Para rasul berperanan sebagai penyampai atau suruhan Allah kepada manusia
•Nabi dan Rasul dilantik dikalangan manusia
•Manusia hendaklah berfikir berdasarkan wahyu untuk mencapai kebahagiaan hidup di dunia dan di akhirat.

BAB 1 : MANUSIA PERLU BERSYUKUR (TILAWAH)

Tingkatan 4

Bab 1: Manusia Perlu Bersyukur




Maksudnya: Adakah mereka tidak memerhatikan berapa banyak generasi yang telah Kami binasakan sebelum mereka, sedangkan generasi itu telah Kami teguhkan kedudukan mereka di atas muka bumi ini. Kami menurunkan hujan yang lebat kepada mereka dan kami jadikan sungai sungai yang mengalir di bawah mereka. Kemudia, Kami binasakan mereka di atas dosa mereka sendiri dan Kami jadikan sesudah mereka generasi yang lain.

Allah SWT menyediakan pelbagai nikmat dan kemudahan yang tidak terhingga kepada hambanya sebagaimana firman-Nya:


Antara nikmat kurniaan Allah SWT ialah:
•Iman
•Islam
•Akal Fikiran
•Kesempurnaan Fizikal
•Kesihatan tubuh badan
•Keamanan Dan Kemakmuran Negara

Cara Mensyukuri nikmat Allah SWT:
Melalui Hati iaitu dengan senantiasa mengingati Allah SWT dan merendah diri terhadap  kekuasaan-Nya.

•Melalui Lidah iaitu dengan mengucapkan Alhamdulillah, membaca Al Quran, berzikir dan bertasbih kepada Allah  SWT.

•Melalui Anggota Badan iaitu dengan menggunakannya ke arah kebaikan.

Kemusnahan Kaum AD, Kaum Thamud Dan Kaum Lut

Kaum Ad: Merupakan kaum yang Allah SWT telah memberikan nikmat tanah subur dan kemewahan hasil tanaman tetapi mereka kufur dan menolak ajaran Nabi Hud A.S. Mereka telah dibinasakan oleh Allah SWT dengan angin puting beliung yang telah memusnahkan diri dan seluruh harta benda.

Kaum Lut: Allah SWT telah memberikan mereka kehidupan yang sangat mewah tetapi mereka menolak ajaran yang dibawa oleh Nabi Lut A.S dan mereka telah mengamalkan homoseks. Allah SWT telah membinasakan mereka dengan menterbalikkan negara mereka.

Kaum Thamud: Allah SWT telah menganugerahkan mereka dengan kekayaan dan kemewahan hidup tetapi mereka tidak beriman dan menuduh Nabi Hud A.S sebagai pendusta. Malah, mereka juga bersikap angkuh. Akhirnya mereka telah dibinasakan oleh Allah SWT dengan halilintar yang kuat dan gempa bumi yang dahsyat di atas perbuatan mereka sendiri.

Manusia Sebagai Khalifah Allah
•Manusia telah dipilih oleh Allah SWT sebagai khalifah-Nya di muka bumi ini.

Antara tugas manusia sebagai khalifah Allah di muka bumi ini:
•Menunaikan ibadat kepada Allah SWT
•Menegakkan agama Islam yang sebenar
•Membangunkan dan mentadbir alam berdasarkan syariat Islam
•Melaksanakan Amar Makruf dan Nahi Mungkar

Pengajaran Ayat
•Manusia wajib bersyukur di atas nikmat kurniaan Allah SWT
•Mereka yang tidak bersyukur nescaya akan mendapat balasan azab daripada Allah di  akhirat kelak
•Kemusnahan kaum terdahulu akibat daripada sikap mereka yang tidak tahu bersyukur