Saturday, December 3, 2016

BAB 1: PENGENALAN KEPADA EKONOMI

Pengertian Ekonomi
Ekonomi - ialah ilmu yang mengkaji aktiviti manusia menggunakan sumber ekonomi yang terhad untuk memenuhi kehendak manusia yang tidak terhad

Sumber -sumber terhad : Buruh, Usahawan, Tanah, Modal, (SE = BUTM)

I.   Buruh:
- Tenaga fizikal atau mental yang disumbangkan oleh manusia.
- Boleh berpindah dari satu tempat ke tempat lain.
- Terdiri daripada tiga kumpulan iaitu, buruh mahir, buruh separuh mahir dan buruh tidak mahir
- Ganjarannya ialah upah
- Contohnya, doktor, guru, pembantu rumah, buruh binaan dan lain-lain.

II. Usahawan :
- Individu yang menggabungkan buruh,tanah dan modal untuk menghasilkan barang dan perkhidmatan
- Orang yang menanggung risiko yang tidak boleh diinsurankan.
- Ganjarannya adalah untung.
- Contohnya, pengusaha, peniaga, peruncit dan pemborong.

III. Tanah :
- Alam semula jadi yang dianugerahkan tuhan.
- Penawarannya adalah terhad.
- Merupakan bahan mentah yang diperlukan dalam proses pengeluaran.
- Ganjarannya adalah sewa
- Contohnya, bahan galian, hasil laut dan khazanah hutan.

IV. Modal :
- Wang dan lain lain sumber kekayaan yang digunakan untuk menghasilkan barang dan perkhidmatan
- Dapat mempercepatkan proses pengeluaran.
- Terbahagi kepada dua kumpulan modal iaitu:
   a) modal fizikal yang terdiri daripada loji, jentera dan peralatan
   b) modal kerja yang terdiri daripada wang tunai, stok dan bahan mentah.
- Ganjarannya adalah faedah.
- Contohnya, Mesin, kilang dan jentera

Unit Ekonomi (UE = FIK) = FIRMA, ISI RUMAH. KERAJAAN



I. Firma
- Suatu unit organisasi yang merancang cara bagaimana menggunakan input pengeluaran yang terhad untuk mengeluarkan barang dan perkhidmatan.

II. Isi Rumah
- Unit penggunaan dalam ekonomi yang terdiri daripada seorang individu, sekumpulan individu, atau sebuah keluarga yang tinggal dalam sebuah rumah.

III. Kerajaan
- Unit pentadbiran negara yang merancang projek-projek infrastruktur dengan menggunakan sumber-sumber yang terhad untuk memaksimumkan kebajikan rakyat.

CARA UNIT EKONOMI MENYELESAIKAN MASALAH EKONOMI


UNIT EKONOMI
KEKURANGAN
PILIHAN
KOS LEPAS
ISI RUMAH
PENDAPATAN YANG TERHAD UNTUK MENDAPATKAN BARANG DAN PERKHIDMATAN YANG DAPAT MEMENUHI UTILITI
MEMBELI BARANG YANG DAPAT MEMENUHI KEPUASAN/ UTILITI SAMADA MEMBELI BARANG 1 @ BARANG 2
BARANG KEDUA YANG TERBAIK YANG TERPAKSA DILEPASKAN UNTUK MENDAPATKAN BARANG PERTAMA YANG TERBAIK.
FIRMA
FAKTOR PENGELUARAN YANG TERHAD SPT BURUH, MODAL & TANAH.
MEMILIH KELUARAN BARANG YANG DAPAT MEMAKSIMUMKAN KEUNTUNGAN.
BARANG KELUARAN KEDUA TERBAIK YANGTERPAKSA DILEPASKAN UNTUK MENGELUARKAN BARANG PERTAMA YANG MEMAKSIMUMKAN KEUNTUNGAN
KERAJAAN
KEKURANGAN HASIL KERAJAAN SEPERTI HASIL CUKAI.
MEMILIH PROJEK PEMBANGUNAN YANG DAPAT MEMAKSIMUMKAN KEBAJIKAN MASYARAKAT.
PROJEK PEMBANGUNAN KEDUA TERBAIK YANG TERPAKSA DILEPASKAN UNTUK MEMBINA PROJEK PEMBANGUNAN YANG DAPAT MEMAKSIMUM KEBAJIKAN MASYARAKAT.


Jenis-Jenis Barang (JB = Percuma, Awam, Ekonomi)

Barang Percuma
- Anugerah alam semulajadi (ciptaan Allah)
- penawaran tidak terhad
- tiada bayaran
- tiada kos lepas
- Contoh : air, udara

Barang Awam
- disediakan oleh kerajaan
- penawaran terhad
- tiada pengecualian untuk menggunakannya
- ada kos lepas
- Contoh : hospital awam, balai polis 

Barang Ekonomi
- dikeluarkan oleh pihak swasta/firma
- penawaran terhad
- ada bayaran
- ada kos lepas
- Contoh :kereta

Masalah Asas Ekonomi (MAE = ABBU)

Terdapat Empat Masalah Asas Ekonomi:

1) Apa Yang Hendak Dikeluarkan
-penentuan jenis barang yang akan dikeluarkan
-mengikut mekanisme harga/permintaan dalam pasaran

2) Berapa Yang Hendak Dikeluarkan
-penentuan kuantiti barangan yang akan dikeluarkan
-mengikut mekanisme harga /permintaan dalam pasaran

3) Bagaimana Hendak Dikeluarkan
-penentuan cara pengeluaran barang
-cara yang paling cekap, sama ada intensif buruh atau intensif modal
-supaya mendapatkan untung maksimum dan meminumkan kos

4) Untuk Siapa Dikeluarkan
- penentuan corak agihan barang
-mengikut corak agihan pendapatan /kuasa beli pengguna

Sistem Ekonomi

Perancangan Pusat
Kapitalis
Campuran
Islam
•Kerajaan memutuskan corak kegiatan ekonomi dan cara menyelesaikan masalah asas ekonomi
•Individu bebas memiliki harta
•Harga ditentukan oleh mekanisme harga dan kerajaan 
•Ekonomi berlandaskan prinsip Islam
•Wujud keagungan pengguna
•Individu dan kerajaan memiliki sumber ekonomi
•Mementingkan keseimbangan antara kepentingan individu dan masyarakat
•Persaingan bebas
•Individu tidak bebas memiliki harta kerana semua harta milik kerajaan
•Mekanisme harga memainkan peranan penting
•Kerajaan mempengaruhi peruntukan sumber dan pengagihan barangan dalam ekonomi
•Bermatlamat untuk memaksimumkan keuntungan
•Kerajaan menjaga kebajikan rakyat
•Persaingan sihat digalakkan
•Tiada persaingan 
•Bebas menerima untung tetapi riba diharamkan
•Bebas persaingan dan digalakkan
•Mengeluarkan barangan halal
•Bertujuan mencapai kebahagiaan di dunia dan di akhirat


Perbandingan ciri ciri sistem ekonomi:

Ciri Ciri
Sistem Ekonomi
Perancangan Pusat
Kapitalis
Campuran
Islam
Pemilikan Sumber
Dimiliki oleh kerajaan
Dimiliki oleh individu dan swasta
Dimiliki oleh individu dan swasta serta dikawal oleh kerajaan
Sumber ekonomi milik Allah dan manusia sebagai pemegang amanah
Pilihan
Individu tidak bebas memilih
Bebas memilih barang dan perkhidmatan
Bebas memilih barang dan perkhidmatan tetapi dikawal oleh kerajaan
Individu bebas memilih barang yang halal
Pembuat Keputusan
Keputusan diputuskan oleh kerajaan
Keputusan dipustuskan oleh individu dan swasta
Keputusan diputuskan oleh individu dan swasta dengan kawalan kerajaan
Keputusan diputuskan oleh individu dan swasta dengan kawalan kerajaan berdasarkan hukum Islam
Penentu Harga
Harga ditentukan oleh kerajaan
Harga ditentukan oleh mekanisme harga
Harga ditentukan oleh mekanisme harga dan kawalan kerajaan
Harga ditentukan oleh mekanisme harga dan kawalan kerajaan berdasarkan hukum Islam
Persaingan
Tiada persaingan yang berlaku
Bebas bersaing
Bebas bersaing tetapi dikawal oleh kerajaan
Bebas bersaing tetapi dikawal oleh kerajaan berdasarkan hukum Islam
Motif
Memaksimumkan kebajikan masyarakat
Bertujuan untuk memaksimumkan keuntungan
Swasta (memaksimumkan keuntungan) manakala kerajaan (memaksimumkan kebajikan masyarakat)
Bertujuan untuk mencapai kebahagiaan hidup di dunia dan di akhirat
Contoh Negara
Cuba dan Korea Utara
Amerika Syarikat
Malaysia dan Singapura
Iran, Kuwait dan Arab Saudi

Sebab dan cara kerajaan campur tangan dalam ekonomi campuran:


SEBAB KERAJAAN CAMPUR TANGAN DALAM SISTEM EKONOMI CAMPURAN
CARA KERAJAAN CAMPUR TANGAN DALAM EKONOMI CAMPURAN
•Mencapai kestabilan ekonomi
•Pengeluaran barang awam
•Mengeluarkan barang awam
•Mengenakan cukai
•Agihan pendapatan lebih setara
•Memberi subsidi
•Mengurangkan kesan sampingan negative
•Menguatkuasakan undang undang dan peraturan
•Mengawal monopoli
•Mencapai pembangunan mantap dan seimbang

Kelebihan dan Kelemahan sistem ekonomi perancangan pusat:
SISTEM EKONOMI PERANCANGAN PUSAT 
Kelebihan
Kelemahan
•Agihan pendapatan lebih setara
•Pilihan individu terhad
•Kebajikan masyarakat diutamakan
•Sistem pentadbiran yang birokratik
•Penyediaan barang awam
•Daya usaha individu yang lemah
•Pembaziran sumber daripada persaingan yang tidak sihat dapat dikurangkan
•Ketidakcekapan dalam agihan sumber

Kelebihan dan Kelemahan sistem ekonomi kapitalis:
SISTEM EKONOMI KAPITALIS
Kelebihan
Kelemahan
•Pilihan barangan yang banyak
•Agihan pendapatan tidak seimbang
•Daya usaha individu yang tinggi
•Tiada pengeluaran barang awam
•Kemajuan ekonomi
•Wujud monopoli
•Kecekapan penggunaan sumber
•Ekonomi tidak stabil
•Persaingan tidak sihat
•Kebajikan masyarakat diabaikan
•Kesan luaran negative
•Salah agih sumber

Perbandingan Cara Penyelesaian Masalah Asas Ekonomi Antara Sistem Ekonomi:

Masalah Asas Ekonomi
SISTEM EKONOMI
Perancangan Pusat
Kapitalis
Campuran
Islam
Apa Barang Hendak Dikeluarkan
•Mengeluarkan barang kerajaan
•Mengeluarkan barang yang diminta oleh pengguna di pasaran
•Mengeluarkan barang kerajaan oleh kerajaan dan barang yang diminta oleh pengguna di pasaran
•Mengeluarkan barang kerajaan oleh kerajaan dan barang yang diminta oleh pengguna di pasaran serta mengikut hukum Islam
Berapa Barang Hendak Dikeluarkan
•Mengikut kerajaan
•Mengikut mekanisme harga
•Mengikut mekanisme harga bagi swasta manakala mengikut kerajaan bagi kerajaan
•Mengikut mekanisme harga bagi swasta manakala mengikut kerajaan bagi kerajaan berdasarkan hukum Islam
Bagaimana Barang Hendak Dikeluarkan
•Kerajaan menggunakan kaedah yang dapat memaksimumkan kebajikan rakyat
•Menggunakan kaedah pengeluaran yang cekap yang dapat meminimumkan kos dan memaksimumkan keuntungan
•Kaedah yang dapat memaksimumkan keuntungan bagi swasta manakala bagi kerajaan pula ialah kaedah yang dapat memaksimumkan kebajikan rakyat
•Kaedah yang dapat memaksimumkan keuntungan bagi swasta manakala bagi kerajaan pula ialah kaedah yang dapat memaksimumkan kebajikan rakyat serta mengikut hukum Islam
Untuk Siapa Barang Hendak Dikeluarkan
•Mengeluarkan barang untuk rakyat
•Mengeluarkan barang mengikut agihan pendapatan dan kuasa beli
•Mengikut agihan pendapatan bagi swasta manakala melalui kutipan cukai bagi kerajaan
•Mengikut agihan pendapatan bagi swasta manakala melalui kutipan zakat bagi kerajaan dan mengikut hukum Islam

No comments:

Post a Comment