Monday, December 5, 2016

TEKNIK MENJAWAB BAHASA MELAYU KERTAS 1 (BAHAGIAN B)

Bahagian B merupakan soalan yang wajib para pelajar skor untuk mendapatkan markah yang cemerlang kerana bahagian B mewakili 100 markah daripada 130 markah pada kertas 1. Bahagian B juga perlu ditulis melebihi 350 patah perkataan.

Cadangan Buat para pelajar:
•Buat 6 perengaan yang terdiri daripada 1 pendahuluan, 4 isi dan 1 penutup
•Anggarkan 70 patah perkataan bagi setiap perenggan
•Pastikan setiap perenggan seimbang kerana perenggan yang tidak seimbang  menunjukkan bahawa para pelajar  tidak kreatif dalam menulis karangan.

Pendahuluan Terdiri Daripada:
Definisi
•Ayat Huraian- Para pelajar boleh menulis 2 atau lebih huraian mengikut kreativiti para pelajar
•Ayat Contoh 
Ayat Arah/Ayat Tuju

Contoh Ayat:

        Dalam meranduk gelombang modenisasi pada abad ke-21 ini, dunia menyaksikan iktisad negara membangun seperti cendawan tumbuh selepas hujan. Namun demikin dasawarsa ini, isu faedah kokurikulum kian menjadi polemik dalam kalangan mujtamak, ibu bapa khususnya. Secara konsepnya, aktiviti kokurikulum diasaskan oleh kerajaan untuk melahirkan modal insan yang seimbang dari segi jasmani, rohani dan intelektual yang bakal menjadi pemimpin pada masa hadapan (Definisi). Remaja boleh diibaratkan seperti satu kertas putih yang perlu dicorak atau dilakar oleh ibu bapa untuk menjadikan seseorang remaja itu mencapai kejayaan pada masa hadapan. Ibu bapa perlu cakna terhadap perkembangan anak-anak mereka (Ayat Huraian). Menurut mantan Perdana Menteri kita, Tun Abdullah Ahmad Badawi, untuk melahirkan masyarakat Hadhari, kita perlu memupuk perpaduan dari akar umbi persis aforisme Melayu, melentur buluh biarlah dari rebungnya (Ayat Contoh). Persoalannya, apakah kebaikan yang diperoleh remaja jika menyertai aktiviti kokurikulum ini?(Ayat Arah)

Isi Terdiri Daripada:
•Ayat Topik
•Ayat Huraian - Para pelajar boleh menulis 2 atau lebih huraian mengikut kreativiti para pelajar
•Ayat Contoh
Ayat Penegas

Contoh Ayat:     

       Antara faedahnya ialah aktiviti kokurikulum dapat mengisi masa lapang remaja. Dengan adanya aktiviti ini, mereka dapat mengelakkan diri daripada membuang masa kerana sesungguhnya masa itu emas (Ayat Topik). Hal ini dikatakan demikian kerana mereka akan menghadiri aktiviti kokurikulum yang biasanya diadakan pada setiap petang hari rabu (Ayat Huraian). Dengan ini, mereka tidak akan menggunakan masa terluang mereka dengan aktiviti-aktiviti yang tidak bermoral seperti melepak. merokok, menghabiskan masa di kafe siber dan merempit. Sementelahan itu, remaja dapat mengelakkan diri daripada terpengaruh oleh persekitaran yang tidak baik. Tamsilnya, seseorang remaja akan menjadi liar dan tidak terkawal jika sering menghabiskan masa terluangnya dengan berkunjung ke tempat-tempat yang tidak bermoral. Hal ini juga boleh disifatkan sebagai serampang dua mata kerana remaja juga dapat mengurangkan tekanan yang dihadapi ketika mentelaah pelajaran. Menurut kajian yang dijalankan, di India kes bunuh diri yang paling banyak dicatatkan melibatkan remaja yang tidak tahu mengatasi tekanan ketika belajar(Ayat Contoh). Dalam konteks ini, remaja atau belia boleh mengambil prakarsa dengan menghadiri aktiviti kokurikulum yang mempunyai pelbagai aktiviti riadah yang boleh dijalankan. Izharnya, aktiviti kokurikulum merupakan aktiviti yang boleh mengisi waktu senggang remaja (Ayat Penegas).

Penutup Terdiri Daripada:
•Ayat Kesimpulan
•Ayat Cadangan
•Ayat Harapan

Contoh Ayat:
     
      Sebagai pengiktilakan, murid-murid sepatutnya menyertai aktiviti kokurikulum bagi memperolehi faedahnya (Ayat Kesimpulan). Murid-murid tidak seharusnya terpengaruh oleh rakan-rakan yang mempunyai pemikiran negatif mengenai aktiviti kokurikulum. Pepatah Arab ada menyatakan, jika kamu berkawan dengan seorang saudagar minyak, kamu akan dapat bau wanginya, jika kamu berkawan dengan tukang besi, kamu akan dapat bahangnya. Oleh itu, remaja haruslah bijak dalam memilih rakan (Ayat Cadangan). Bukan itu sahaja, ibu bapa tidak wajar mempunyai persepsi yang buruk terhadap aktiviti kokurikulum. Sepatutnya, mereka perlu menggalakkan anak-anak mereka menyertai aktiviti ini. Ibu bapa yang melarang anaknya menyertai aktiviti ini tidak ubah seperti katak di bawah tempurung kerana tidak berfikiran di luar kotak. Sehubungan dengan itu, pihak sekolah perlu mengambil prakarsa yang pragmatik dengan mewajibkan semua murid menyertai aktiviti kokurikulum (Ayat Harapan).

10 comments:

  1. terima kasih , boleh masukkan isi isi yg diberikan ni dkt karangan nti , doakan saya dpt menjawab soalan dgn baik dan mndapat keputusan cemerlang ya . aminn ..

    ReplyDelete
  2. terima kasih ya tips nya :))) doakan saya memperoleh A dalam subjek bm AMINNNNNNNNNNN

    ReplyDelete
  3. Harini Ada exam bm ha tlg doakan ya!

    ReplyDelete
  4. Doakan kejayaan sy dn promax yg lain..:)) SPM STRAIGHT A+ AAMIINN

    ReplyDelete
  5. Dah setahun baru nak Amin 😔😔

    ReplyDelete
    Replies
    1. HAHAHAHAH btw doa kn aq esok trial bm 😫

      Delete