Saturday, December 3, 2016

BAB 2 : RASUL PENYAMPAI WAHYU (TILAWAH)

Tingkatn 4

Bab 2: Rasul Penyampai Wahyu



Image result for surah al an'am ayat 50

Maksudnya: Katakanlah bahawa Aku tidak pernah menyatakan kepadamu bahawa perbendaharaan Allah SWT ada padaku dan tidak pula kau mengatakan bahawa aku seorang malaikat. Aku tidak mengikut kecuali apa yang diwahyukan kepadaku.Katakanlah: Apakah sama orang yang buta dengan orang yang melihat? Apakah kamu tidak memikirkannya?

Pengenalan
Nabi Muhammad merupakan manusia biasa yang dilantik oleh Allah SWT untuk memimpin manusia ke arah kebaikan dan kebenaran. Baginda bukanlah malaikat, jauh sekali bukanlah anak tuhan tetapi baginda hanya manusia biasa yang dan tidak mempunyai kuasa terhadap khazanah Allah serta baginda juga tidak mengetahui akan perkara perkara ghaib.

Peranan Rasul
•Membetulkan akidah manusia ke arah kebenaran dan beriman kepada Allah
•Menjelaskan peraturan dan syariat bagi mencapai kebahagiaan hidup di dunia dan di  akhirat
•Mendidik manusia untuk berakhlak mulia
•Mengajar manusia cara beribadat yang betul
•Menerangkan dan memberitahu tentang perkara perkara ghaib
•Mengajar manusia cara hidup masyarakat yang harmoni

Perkara Perkara Ghaib
Perkara ghaib ialah perkara yang hanya diketahui oleh Allah SWT sahaja seperti  penentuan rezeki seseorang, tarikh berlakunya kiamat dan ajal maut seseorang.
Perkara yang telah berlaku seperti kisah kisah nabi yang terdahulu dan kemusnah umat  yang menderhaka kepada Allah
Perkara yang wujud tetapi tidak dapat dilihat oleh pancaindera seperti malaikat, syaitan,  syurga, neraka, dosa dan pahala.
Perkara yang akan berlaku seperti seperti hari kiamat, turunnya Nabi Isa, keluarnya Dajjal  dan Yakjuj Makjuj.
Perkara yang hanya diketahui melalui kajian  dan ilmu seperti petroleum, emas dan jenis    jenis tumbuhan yang dapat digunakan untuk dijadikan ubat atau penawar.

Hikmat Kewujudan Perkara Perkara Ghaib
Membuktikan kebesaran dan kekuasaan Allah SWT
•Untuk menggalakkan manusia membuat kajian dan penyelidikan
•Untuk meningkatkan keimanan kepada Allah
•Mendorong manusia supaya senantiasa berfikir tentang kebesaran Allah SWT

Tugas Dan Tanggungjawab Manusia
•Manusia wajib dan perlu beriman kepada Allah serta mengikuti ajaran yang dibawa oleh  Nabi Muhammad SAW untuk mencapai kebahagiaan hidup di dunia dan di akhirat.
•Manusia hendaklah berusaha dan menorka khazanah Allah untuk memajukan diri dan  untuk kepentingan hidup.
•Allah SWT menyeru manusia untuk berusaha mencari kurniaan-Nya di samping tidak  melupakan tuntutannya  kehidupan di dunia.

Wahyu Allah SWT
Wahyu ialah pengetahuan yang diperoleh seseorang dengan keyakinan bahawa wahyu itu semata mata daripada Allah SWT melalui perantaraan ataupun sebaliknya.

Cara Cara Wahyu Diturunkan:
•Malaikat Jibril menjelmakan diri sebagai seorang lelaki
•Malaikat memasukkan wahyu ke dalam hati Nabi tanpa disedari
•Malaikat menampakkan dirinya yang sebenar
•Wahyu didengar oleh rasulullah SAW seperti bunyi loceng

Pengajaran ayat
•Para rasul berperanan sebagai penyampai atau suruhan Allah kepada manusia
•Nabi dan Rasul dilantik dikalangan manusia
•Manusia hendaklah berfikir berdasarkan wahyu untuk mencapai kebahagiaan hidup di dunia dan di akhirat.

No comments:

Post a Comment